Monday, 3 December 2012
GURU CEMERLANG
Kecemerlangan
sebenar seorang guru tidak boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar
semata-mata kerana fungsi sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang
mempunyai pencapaian terbaik dan cemerlang dari segi inteleknya, tetapi juga
merangkumi segenap aspek kehidupan insan iaitu jasmani, emosi, dan rohaninya
dan berakhlak cemerlang ( Hasrat yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ). Berikut 10 peranan yang perlu dilaksanakan guru untuk menjadi
orang yang cemerlang :-
Guru perlu
melaksanakan tugas asasinya untuk membentuk pelajar menjadi insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani an intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sebenarnya mendidik bukanlah tugas guru semata-mata,
sebaliknya setiap orang mesti menjadi pendidik.
Setiap
guru bertanggungjawab memberi bimbingan dan pimpinan kepada anak didiknya. Guru
adalah pemimpin sekurang-kurangnya pada peringkat kelasnya. Jika pengetua
adalah pemimpin di sekolah. Guru yang akan melahirkan pemimpin. Oleh itu, guru
yang tidak boleh menjadi pemimpin yang baik, tidak boleh menjadi guru yang
baik.
Guru perlu
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti diamanahkan oleh majikannya.
Dengan itu, guru mesti patuh pada arahan yang diberikan kepadanya.
Sama
seperti seorang pengusaha, guru juga perlu memiliki sifat inovatif dan kreatif
supaya hasil usahanya mengajar dan mendidik pelajar mencapai keuntungan yang
diharapkan. Keuntungan di sini bukan keuntungan dalam bentuk kebendaan,
sebaliknya kejayaannya melahirkan modal insan yang mempunyai nilai tambah.
Dengan itu,pelajar berkenaan akan menjadi modal insan yang berguna untuk diri
sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Untuk mencapai matlamat ini, guru
mestilah bersedia dan sanggup memberikan kepada pelajarnya ilmu dan kemahiran
lebih daripada apa yang ada dalam sukatan pelajaran.
Guru
mestilah melaksanakan tugasnya dengan secara profesional dengan mengamalkan
sifat seperti berdisiplin, menepati waktu dan tidak pilih kasih terhadap
pelajarnya.
Setiap
guru bukan saja perlu menjadi pemimpin tetapi juga pengikut yang baik. Malah
ada cerdik pandai yang menyatakan bahawa mereka yang tidak boleh menjadi
pengikut, tidak boleh menjadi pemimpin yang baik. Sebagai pengikut, guru mesti
menerima dan melaksanakan arahan ketuanya ( Pengetua ).
Guru mesti
bekerja dan melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya dengan
bersungguh-sungguh, bukan bersikap sambil lewa serta melepaskan batuk di
tangga. Malah guru mesti mempunyai agenda yang jelas dalam melaksanakan tugas,
tetapi bukan agenda peribadi, sebaliknya sentiasa meletakkan keutamaan bertugas
untuk mendidik anak bangsanya menjadi orang yang berilmu serta berguna kepada
masyarakat dan negara.
Guru mesti
memberi sokongan kepada perkara yang mendatangkan faedah dan manfaat kepada
pelajarnya. Bagaimanapun, sokongan itu mestilah berdasarkan kebenaran dan
berprinsip, bukan sokongan secara membuta-tuli.
Guru perlu
sentiasa menggunakan masa dan tenaganya dengan cara yang berkesan sama ada
sewaktu di sekolah mahupun selepas waktu persekolahan. Sehubungan itu, guru
tidak boleh beranggapan tugasnya pergi dan balik dari sekolah sebagai rutin
harian yang tidak mempunyai sebarang makna atau sekadar untuk memenuhi arahan
dan tanggungjawab yang diberikan, sebaliknya ia perlu sentiasa berusaha
menggunakan masa dan tenaganya bagi kebaikan pelajar, sekolah dan
masyarakatnya. Tiga perkara asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk
membolehkan mereka memahami dan melaksanakan 10 peranan di atas:-
***Dalam
konteks guru , guru yang cemerlang adalah yang memperlihatkan kemahiran,
pengetahuan, kesungguhan dan keghairahan terhadap pelajar, sekolah dan
masyarakat melebihi standard semasa yang ada. Guru yang berupaya menghasilkan
pelajar yang luar biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment