Wednesday 3 October 2012

Muhasabah Sejenak


UNTUK RENUNGAN

        Setiap orang yang bekerja melakukan sesuatu,hakikatnya mereka berharap dan berdoa, mudah-mudahan kerja dan usaha yang dilakukan itu memperolehi kejayaan dan membuahkan hasil dan keuntungan yang lumayan.Contohnya,seorang petani berdoa, mudah-mudahan apa yang ditanamnya mengeluarkan hasil yang baik , seorang ahli perniagaan berdoa mudah-mudahan perniagaannya menguntungkan.Maka begitulah yang mesti ada pada seorang guru, mereka hendaklah berdoa mudah-mudahan ilmu yang disampaikan kepada pelajar itu dapat diterima oleh pelajar dengan baik dan berjaya membentuk diri mereka menjadi manusia yang bertamadun dan menggunakan ilmu tersebut dalam hidupnya sepanjang hayat.

          Kerja guru adalah sangat mulia, pahala dan manfaatnya tidak ada penghujungnya.Malah ianya satu amalan yang berterusan dari hidup sampai ke mati.Kefahaman dan kesedaran ini sewajarnya dimiliki oleh pendidik kita.

          Semangat ini juga mendorong mereka bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam kerjaya pendidikan itu dan sentiasa berdoa kepada Allah mudah-mudahan ianya menjadi amal soleh serta dilakukan dengan penuh tanggungjawab yang akhirnya akan menjadikan pendidik itu cemerlang dan berkualiti. Menyampaikan ilmu dan mendidik pelajar (manusia) bukanlah merupakan kerja mudah, ianya bergantung kepada pertolongan dari Allah, maka InsyaAllah ilmu yang disampaikan itu akan lebih mudah diterima oleh pelajar dan berjaya membentuk diri mereka sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan berilmu. Guru jangan sesekali menghina atau memberi ungkapan negatif kepada pelajar, kerana perbuatan tersebut adalah sebagai doa yang boleh merosakan mereka dan menjadikan ilmu yang mereka terima tidak diberkati oleh Allah S.W.T.

Petikan   : Pengurusan Sekolah Cemerlang Menurut Islam
Oleh        : Tn. Hj. Mohd Hamidi bin Hj. Abd Hamid

No comments:

Post a Comment