Wednesday 28 November 2012

GURU ITU MULIA


TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU....
Menurut Imam Al-Ghazali r.a terdapat beberapa tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh seorang guru. Tanggungjawab tersebut merangkumi lapan perkara iaitu :

1. Guru perlu menaruh rasa kasih sayang terhadap murid dan melayan mereka seperti melayan anak sendiri.
2. Guru tidak mengharapkan balas jasa ataupun ucapan terima kasih, tetapi mengajar dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.
3. Guru hendaklah menyampaikan nasihat kepada murid pada tiap kesempatan bahkan gunakan setiap kesempatn untuk menasihati dan menunjuk ajar murid. Mereka hendaklah sentiasa dinasihati bahawa menuntut ilmu bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4. Guru hendaklah mencegah murid daripada sesuatu akhlak yang tidak baik dengan jalan halus dan bukan dengan cara mencela.
5. Guru yang mengajar suatu matapelajaran tertentu hendaklah jangan memperlekehkan matapelajaran yang lain. Dia hendaklah membuka peluang kepada murid mempelajari cabang ilmu baru.
6. Guru hendaklah berbicara dengan bahasa yang mudah dan dapat difahami dalam menyampaikan pelajaran. Guru perlu berbicara dengan mereka menurut kadar kemampuan akal murid.
7. Para guru juga hendaklah menyampaikan kepada murid yang lemah menurut kemampuan mereka dengan memilih pelajaran yang mudah dan jelas.
8. Para guru hendaklah mengamalkan ilmunya, dan amalan hendaklah bertepatan dengan apa yang diajar. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud " patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri..."



Monday 26 November 2012

Renungan Untuk Diri


PESANAN UNTUK KITA BERSAMA:


::Cara memuji paling indah adalah dengan mendoakan.

::Cara mencela paling mulia adalah dengan memberi teladan.

::Kesalahan kecil jangan dibesar-besarkan dan diheboh-hebohkan.

::Jaga aib orang Insyaallah, ALLAH jaga aib kita.



Sunday 25 November 2012

Kerugian Besar


Jangan Biarkan Syaitan Ketawa...


SUBUH
 - terlanjur tidur
kesiangan -.-'
...
ZOHOR
 - tercicir dalam
kesibukan -.-'

ASAR
 - tidak sempat kerana
diperjalanan -.-'

MAGHRIB
 - tertinggal
menonton hiburan -.-'
...
ISYAK
 - tertidur kepenatan -.-'


# Akhirnya 5 Waktu diabaikan...



Friday 23 November 2012

Penawar Jiwa

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

 7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

 8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

 10. Kekalkan wuduk.

 11. Bersedekah.

 12. Belanja orang makan.

 13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

 14. Berkawan dengan ulama.

 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

 16. Pesan pada orang, jadi baik.

 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.



10 Surah Amalan Kita

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

 1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

 8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Wednesday 21 November 2012

Mudah Tapi Susah Nak Buat.

Assalamualaikum semua... Hari ini kita akan berkongsi sedikit motivasi menjadi insan yang hebat. Apa kata kita praktikkan cara ini :

1-Ketika sedang menaiki tangga untuk ke kelas, lantunkan zikir-zikir yang biasa disebut.

2-Sementara menunggu pesanan makanan, baca surah lazim dan sedekahkan kepada mereka
    yang telah pergi.

3-Apabila melihat sesuatu mengagumkan, ucaplah "Subhanallah".

4-Sewaktu sedang memandu,dengarlah siaran yang bermanfaat seperti Ikim.fm,boleh tambah ilmu.
    dan banyak lagi.


Tuesday 20 November 2012

Lensa Ilmu

Hidup memerlukan PENGORBANAN,
PENGORBANAN memerlukan PERJUANGAN,
PERJUANGAN memerlukan KETABAHAN,
KETABAHAN memerlukan KEYAKINAN,
KEYAKINAN pula menentukan KEJAYAAN,
KEJAYAAN pula menentukan KEBAHAGIAN.